Kerjaya kelab Victor_Leandro_Bagy

Paulista

Victor sertai kelab remaja São Paulo FC pada usia 14 tahun. Setahun kemudian, beliau berpindah ke Paulista FC.

Victor telah dipanggil untuk sertai skuad utama pada tahun 2000 tetapi beliau perlu menunggu untuk membuat debut pada tahun 2003. Beliau menjadi penjaga gol kedua di belakang Rafael Bracalli tetapi pada tahun 2006, selepas Rafael berpindah ke C.D. Nacional, beliau menjadi pilihan pertama. Victor menjadi sebahagian daripada pasukannya yang menjuarai Copa do Brasil 2005 tetapi beliau digantikan ketika perlawanan akhir.

Grêmio

Pada 18 Disember 2007, Victor sertai Grêmio. Beliau mengalami kecederaan pada 24 Februari 2008 dan beliau terpaksa dikeluarkan selama satu bulan setengah.

Victor kembali dari selepas pulih dari kecederaan dan bermain semula perlawanan dalam aksi Brasileirão dan diundi sebagai penjaga gol terbaik pada kejohanan itu. Pada 2009, aksi beliau tampak tidak memuaskan akibat beliau dipanggil untuk sertai pasukan kebangsaan pada musim panas. Victor kemudian dikaitkan ke A.S. Bari dan S.L. Benfica. Tetapi tiada sebarang pemindahan berlaku.

Atlético

Pada 29 Jun 2012, Victor sertai Atlético Mineiro dengan bayaran sebanyak 3,5 juta dan menadatangani kontrak lima tahun. Beliau kemudian menjadi pilihan pertama penjaga gol dan bermain sebanyak 29 perlawanan dan pasukannya, Galo menduduki tempat kedua liga.

Pada 2013, Victor menjadi kunci pasukan untuk memenangi kempen Copa Libertadores 2013, beliau menyelamat tendangan penalti menentang Club Tijuana, Newell's Old Boys dan di perlawanan akhir, Club Olimpia.